- MyImpian Homestay dikhaskan untuk tetamu beragama ISLAM sahaja.
- Sebarang perbuatan menyalahi hukum ISLAM dan menggangu ketenteraman kawasan kejiranan adalah dilarang sama sekali.
- Transaksi wang adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja.
- Bayaran deposit RM100 (bagi setiap hari yang ditempah) hendaklah dijelaskan dalam masa 2 hari dari tarikh tempahan dibuat.
- Bayaran deposit tidak akan dipulangkan jika tempahan dibatalkan.
- Baki kos penginapan hendaklah dijelaskan seelok-eloknya sebelum Check-In melalui Transfer Account atau sewaktu penyerahan kunci homestay ketika daftar masuk.
- Sekiranya penghuni gagal mematuhi terma dan syarat yang diberikan, pihak pengurusan MyImpian Homestay berhak mengarahkan supaya premis ini dikosongkan dengan serta merta.
- Masa Masuk(Check In) adalah 3.00 petang dan keluar (Check Out) 12.00 tengahari. Jika Check In & Check Out selain masa tersebut hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya 1 jam awal untuk urusan selanjutnya.
- Keselamatan penghuni dan barangan mereka adalah keutamaan kami. Oleh itu penghuni dinasihatkan:
- Tidak membawa terlalu banyak barangan berharga bersama.
- Memastikan pintu pagar utama sentiasa ditutup.
- Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/kunci bila meninggalkan rumah atau tidur waktu siang dan malam.
- Semua suis elektrik dipadam selepas digunakan. Adalah amat digalakkan supaya menutup kipas dan penghawa dingin apabila meninggalkan rumah.
- Jumlah penghuni yang menginap di MyImpian Homestay (penyewa dan tetamu mereka) mestilah tidak melebihi 10 orang.
- Sentiasa menjaga kebersihan rumah.
PIHAK PENGURUSAN MYIMPIAN HOMESTAY TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN, KECEDERAAN TUBUH BADAN ATAU KEHILANGAN NYAWA PENYEWA DAN PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA DAN HARTA BENDA MASING-MASING KERANA KELALAIAN MEREKA ATAU KEADAAN DI LUAR KAWALAN PIHAK PENGURUSAN.