Pages

Terma Dan Syarat

  1. MyImpian Homestay dikhaskan untuk tetamu beragama ISLAM sahaja.
  2. Sebarang perbuatan menyalahi hukum ISLAM dan menggangu ketenteraman kawasan kejiranan adalah dilarang sama sekali.
  3. Transaksi wang adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja.
  4. Bayaran deposit RM100 (bagi setiap hari yang ditempah) hendaklah dijelaskan dalam masa 2 hari dari tarikh tempahan dibuat.
  5. Bayaran deposit tidak akan dipulangkan jika tempahan dibatalkan.
  6. Baki kos penginapan hendaklah dijelaskan seelok-eloknya sebelum Check-In melalui Transfer Account atau sewaktu penyerahan kunci homestay ketika daftar masuk.
  7. Sekiranya penghuni gagal mematuhi terma dan syarat yang diberikan, pihak pengurusan MyImpian Homestay berhak mengarahkan supaya premis ini dikosongkan dengan serta merta.
  8. Masa Masuk(Check In) adalah 3.00 petang dan keluar (Check Out) 12.00 tengahari. Jika Check In & Check Out selain masa tersebut hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya 1 jam awal untuk urusan selanjutnya.
  9. Keselamatan penghuni dan barangan mereka adalah keutamaan kami. Oleh itu penghuni dinasihatkan:
  • Tidak membawa terlalu banyak barangan berharga bersama.
  • Memastikan pintu pagar utama sentiasa ditutup. 
  • Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/kunci bila meninggalkan rumah atau tidur waktu siang dan malam.
  • Semua suis elektrik dipadam selepas digunakan. Adalah amat digalakkan supaya menutup kipas dan penghawa dingin  apabila meninggalkan rumah.
  • Jumlah penghuni yang menginap di MyImpian Homestay (penyewa dan tetamu mereka) mestilah tidak melebihi 10 orang.
  • Sentiasa menjaga kebersihan rumah.

PIHAK PENGURUSAN MYIMPIAN HOMESTAY TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN, KECEDERAAN TUBUH BADAN ATAU KEHILANGAN NYAWA PENYEWA DAN PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA DAN HARTA BENDA MASING-MASING KERANA KELALAIAN MEREKA ATAU KEADAAN DI LUAR KAWALAN PIHAK PENGURUSAN.